Heran sungguh aku sejak dua tiga minggu nieh.
eemmm mungkin aku menjadi seorang yang agak ” kehairanan dan agak keliru ” since someone told me something last 2 week.

at 1st aku ingatkan its just a small thing , yang tak akan buat aku jadi macam nie , tapi lain pulak jadi nye.

Haih , kenapa la sekarang baru nak jadi. Kenapa dulu b4 aku nak rujuk balik dengan dia tak jadi benda macam ni.

Ada je yang nak mengacau aku nye hidup ni. Wei aku ngah belajar laar ! please don’t make any trouble with me ! ( to someone yang bernama ****n ) aku pelik ngan kau! banyak2 perempuan dia gak ko nak ambik! haih dulu masa aku bukan pakwe dia taknak plak ko nak ngorat dia. Ni sekarang bila dia dah couple balik ngan aku ko sebok kan sial!!

Yang ko plak ****y ! aku tak tao laa apa nak jadi. if aku orang yang ko syg , bleh-bleh plak ko ngaku dia skandel ko kan!! tension betul aku ! sabar je laaa!!

Ni aku copy & paste dari page dia – aku rsa aku dh hepy ckit kot..sbb dah ade awek..hehehehe “

*****n !! kalau dah ada awek napa tak letak gbr awek ko tu kat 1st top ten? plek aku ! ke dia awek ko skarang?

wah pening aku!  hidup- hidup ! susah betul .

Aku suruh mak aku carikan gf baru je laa …. Senang cerita… – end -

p/s:- Kalau aku terkasar bahasa kat sesiapa tu , minta maaf hujung rambut ke hujung kaki!

Aku sekarang ni memang jenis yang gini ! tak suke buat trouble dgn ko , walaupon dlm hati panas je rasa kan!!

Aku tak nak jadi mcm dulu lagi … sakit !! cukup la sekali je. Ko terasa , itu ko punya pasal ! tak pernah plak terfikir perasan aku selama ni kan ??

Saya sebetulnya tidak ingin menyentuh banyak tentang isu Zionism Israel terhadap Palestin, kerana bagi saya, semua kita mempunyai akal untuk berfikir. Kadang-kala, serasa saya, orang yang telah diberikan akal ini, seperti tidak ada akal, ataupun buat-buat tidak ada akal. Saya rasa pelik dengan masyarakat Islam hari ini.

Namun, setelah banyak membaca blog-blog para blogger yang membangkitkan isu ini, saya terpanggil pula untuk berbicara sekalipun saya tahu, ilmu saya dalam bidang politik ini sangat jahil dan dhaif. Untuk para blogger yang tidak jemu-jemu memberikan posting tentang pemboikotan produk-produk Israel, saya ucapkan TAHNIAH! Terima kasih atas kerjasama anda untuk bersama-sama mengajak saya secara langsung dengan just dropping by into my comment box, mahupun secara tidak langsung dengan melawati blog-blog anda, untuk mengajak orang lain berjihad menumpaskan kekuatan musuh-musuh Allah ini . Syukran jazilan kathiran. Semoga Allah merahmati anda semua.

Namun, ada juga blog-blog yang membuatkan saya terkilan. Kalau tidak pun memberikan satu posting tentang pemboikotan produk Israel tidak mengapa. Tetapi, tidak perlulah menjahilkan diri anda dengan memberikan posting bahawa pemboikotan itu tidak perlu kalau hanya sekadar boikot benda-benda yang remeh seperti makanan, atau peralatan-peralatan harian kerana ianya tidak langsung mendatangkan faedah dan kerugian terhadap kaum Yahudi itu. Saya kira, mereka ini terlalu sempitkan pemikiran mereka yang bagi saya alasan sebegini hanya menunjukkan betapa mereka itu jahil!

‘Sikit-sikit lama-lama jadi bukit’. Sudah pasti anda pernah dengar pepatah ini bukan? Malah kata-kata ini yang diajar kepada kita sewaktu bersekolah di sekolah rendah lagi. Pepatah yang cukup menyedarkan kita bahawa, biarpun dengan nilai ‘seorang’ itu yang memboikot produk barangan Yahudi, pabila di lipat kali gandakan dengan berjuta-juta orang Islam yang juga memboikot barangan Yahudi ini, lalu apa akan jadi? Semakin ramai yang memboikot padahal pada mulanya hanya seorang, kemudian 10, kemudian 100, kemudian 1000, dan akhirnya berjuta-juta orang Islam yang memboikot barangan Israel Zionism ini untuk terus berleluasa bagi menguatkan peluru dan senjata mereka demi menghancurkan saudara kita di Palestin sana, nescaya sedikit-sebanyak dapat juga melumpuhkan atau meretakkan ekonomi negara mereka. Walau sedikit cuma.

Ah! Saya bukan seorang pelajar yang mengambil bidang ekonomi! Jauh sekali seorang yang graduate lepasan diploma atau ijazah dalam bidang ekonomi. Jadi, perlukah lagi saya mengupas tentang kenaikan/kejatuhan ekonomi sebegini? Anda punya akal bukan?

PALESTINE IS NOT FOR PALESTINE, PALESTINE IS FOR THE SAKE OF ISLAM.

Saya amat terkesan mendengarkan cerita sahabat saya yang mengikuti program daurah di Jakarta bersama teman-teman Malaysia yang lainnya. Dia ceritakan tentang seorang pemilik At-Taqwa Islamic School (kalau tak silap) yang berasal dari Palestin, yang menerangkan bahawa perlunya kita membantu negara Palestin itu, kerana saudara kita di Palestin itu berjihad bukan hanya untuk negara Palestin, tetapi untuk kesemua penduduk Islam di muka bumi ini.

Menurutnya lagi, kita membantu saudara kita di sana bukanlah dengan berhenti belajar semata kemudian melibatkan diri dengan berjihad fisabilillah untuk turun berperang melawan orang Yahudi. Bukan! Bukan begitu. Tetapi cukuplah dengan memanjatkan doa untuk kemenangan orang Islam, menghulurkan bantuan untuk mereka dan memboikot produk Yahudi.

Adakah itu amat payah bagi kita? Saya cukup kesal dengan diri saya yang masih sempat bergelak ketawa sedangkan mereka di sana penuh dengan tangisan. Saya cukup kesal dengan diri saya yang sempat shopping ke merata-rata, sedangkan mereka tidak punya peluang untuk membeli barang-barang baru atau apa pun yang mereka inginkan! Mereka tidak punya waktu untuk beristirehat kerana bimbang kalau-kalau kaum Israel menembak mereka di saat mereka tidak sedar. Tidakkah kamu punya perasaan kasihan terhadap mereka? Apa jenis perasaan kamu ini?

Namun, sekiranya anda sedar tentang ini, janganlah pula menjadi bak ‘Si-Fulan-Yang-Cakap-Tak -Serupa-Bikin’! Di blog, sibuk melekatkan logo boikot, disebarkan ke blog-blog yang lain tapi di luar, pergi melepak ke KFC, McDonald bersama kawan-kawan. Anda hanya membodohkan diri anda sendiri sahaja dengan berkelakuan sebegitu yang ‘hangat-hangat tahi ayam’. Tahi ayam itu lebih wangi dari anda, saya kira.

KENAPA PALESTIN?

Kerana Masjidil Al-Aqsa berada tepat di dalam Palestin. Kerana Masjidil Al-Aqsa merupakan kiblat yang pertama sebelum dipindahkan ke Masjidil Al-Haram. Kenapa dengan Masjidil Al-Aqsa?

“Maha Suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Al-Haram ke Masjidil Al-Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya.” (Al-Isra’:1)

Ayat ini menyatakan bahawa Palestin adalah negeri yang diberkati Allah. Maka, tidakkah kamu memahaminya?

“Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid; Masjidil al-Haram, Masjid An-Nabawi dan Masjidil al-Aqsa.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)

APA ITU JIHAD?

Pabila perkataan jihad ini terbang menyusup di gegendang telinga kita, seringkali kita menganggap jihad ini hanya jihad untuk turun berperang melawan musuh-musuh Allah dengan membawa pedang di tangan, dan mungkin terbayangkan dengan pasukan yang membawa kuda sambil membawa bendera berkalimahkan ‘Lailahaillah!’.

Terlalu banyak anasir-anasir yang mengaburi firasat-firasat kita, sedangkan jihad itu bermaksud mengerahkan segenap kekuatan dalam perkara apa sahaja dikatakan jihad, yakni bersungguh-sungguh. Tapi, dalam kekejaman Israel terhadap palestin ini, terang-terang dinyatakan di dalam Al-KitabNya yang berbunyi;

“Hai Nabi, berjihadlah (perangilah) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah Neraka Jahanam. Dan itulah tempat kembali seburuk-buruknya.” (At-Taubah:72)

Di dalam menafsirkan ayat ini, Ibnu Mas’ud berkata;

“Perangilah orang-orang kafir dan orang-orang Munafik dengan tangan, dan jika tidak mampu maka harus mengingkari pada wajah. Dan Ibnu Abbas mengatakan: “Allah swt memerintahkna Nabi saw untuk memerangi orang-orang kafir dengan Pedang dan memerangi orang-orang Munafik dengan lisan dan tidak bersikap lembut terhadap mereka.” (Tafsir Ibnu Katsir 2/408).

JADI, PERLUKAH BOIKOT?

Jawapannya YA, KITA SEBAGAI UMAT ISLAM PERLU BOIKOT PRODUK ISRAEL! Sebagaimana Syeikh Dr.Yusuf Al-Qardhawi berkata dalam bukunya “Al-Quds Qadhiyatu Kulli Muslim” menyerukan wasiat kepada kita: wajib memboikot dan mengembargo Israel secara terus-menerus dan menyerukan kepada setiap individu dan negara-negara muslim untuk tidak terlibat dalam hubungan kerjasama dengan Israel. Anda boleh rujuk di sini.

Ayuh saudaraku semua! Sampai bila kamu ingin membutakan mata atas perbuatan zionis oleh kaum Israel terhadap saudara kita di sana? Sampai bila kita memekakkan telinga mendengar tangisan dan raungan mereka yang mengharapkan ihsan kita di sini? Bangkitlah!

jom kita ramai-ramai pakat vote tok palestin !!

Kami mahukan keamanan di Palestin !!

http://www.israel-vs-palestine.com/gz/?home


Dia comel ann.. Check video clip dia kat youtube okeyh!

GAMBAR NI STATIK KE BERGERAK?

s h a f i q s c r e a m o

Seharian ni kerja aku tangkap gambar je sekitar rumah. Meh tengok meh.

Gadget aku.

Vista yee.

Kamus Oxford yee.

Ruangan Lepak depan rumah…

N3310 :D

Tade keyboard ni , xdpt den nak update blog

Gadgetku.

Sedikit tips.

Lelaki suka:

* Sikap kelakar
* Budi pekerti dan kesopanan
* Murah hati
* Senyuman manja
* Pandai memasak
* Pandai dalam mengenakan pakaian
* Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
* Tak mudah naik angin
* Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
* Tak terlalu seksi dalam berpakaian
* “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
* Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
* Berwawasan atau bercita-cita tinggi
* Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
* Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
* Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
* Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
* Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
* Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
* Sikap keibuan
* Sukakan kanak-kanak
* Suara lembut tanpa dibuat-buat
* Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
* Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
* Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
* Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
* Tahu bersyukur
* Pandai berjimat-cermat
* Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

Lelaki Tak Suka:

* Wanita yang suka mengumpat
* Sombong dan bongkak
* Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
* Hisap rokok
* “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
* Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
* Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
* “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
* “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
* Wanita yang hipokrit
* Pembohong dan suka mencari alasan
* Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
* Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
* Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
* Pengotor dan pemalas
* Tak bertanggungjawab langsung
* Tak pandai mengemas
* Terlalu bebas dan kuat berso*tutttt* hingga tiada batasan pergaulan
* Kuat berleter walau hal remeh temeh
* Boros berbelanja
* Tak tahu memasak
* Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
* “Queen Control” atau suka mengarah-arah
* Tak pandai bergaya atau selekeh
* Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
* Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
* Panas baran
* Kuat merajuk dan sukar dipujuk
* Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
* Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

Tips Wanita Cinta ini telah dirimkan oleh saudari Eiza.





1. Kawan baik kakak anda.

Kenapa? Ini kerana apada permulaannya semua pasti nampak baik tetapi jika suatu hari nanti anda berselisih faham, semua rahsia anda akan dibongkar kepada kakak. Agak susah untuk anda mempertahankan diri bila ‘diserang’.

2. Setiausaha anda.

Kenapa? Seperti sedia maklum, ada orang yang memandang serong pada kerjaya seorang setiausaha. Bagi mereka, setiausaha hanya mahu menggoda boss, seterusnya berkahwin. Jika ia, anda keluar dengan setiausaha dan dalam masa yang sama, anda sudah berkahwin, anda mengiakan tanggapan orang ini.

3. Bekas teman wanita.

Kenapa? Ada orang kata, kita tidak sesuai jadi kekasih tetapi boleh jadi kawan. Jika hubungan sudah putus, elok sahajalah dilupakan. Tak perulah anda keluar lagi kerana apabila putus, anda sebenarnya tidak punya sefahaman lagi.

4. Teman wanita kawan anda.

Kenapa? Hah! Ini satu kesalahan paling teruk yang pernah anda lakukan. Jagan sesekali menikam kawan dari belakang kerana ia tidak baik untuk sebuah persahabatan. Fikirkan sendiri, kala kekasih anda diambil orang, tentu sakit bukan? Dan itu lah perasaan orang lain yang merasainya.

5. Wanita yang terlalu demand.

Kenapa? Mengapa perlu melayan perempuan yang ‘demand’ kerana anda boleh sakit otak jika melayan mereka ini. Banyak lagi perempuan lain dan jika kekasih anda demand, abaikan saja dirinya.

* Dipetik dari scukz.

e p i x  s c r e a m o

Makin nak habis belajar sem 2 makin banyak pulak duit yang aku kena guna.

Masyaallah sakit kepala aku fikir macam mana nak earn duit sesingkat ni. Duit yang ada ni pun cukup-cukup nak sara hidup aku kat shah alam ni. Makan – minum semua tak cukup. Duit sewa lagi , bil api air lagi. Tu tak termasuk semua perbelanjaan kolej. Ni baru-baru ni nak kena bayar duit event lagi. Rm50 dimintak nya. Adoi yai. Mana aku nak cari wooi. Mana aku nak dapat duit. Takkan nak mintak kat family aku jek. Ya allah tolong la murahkan rezki ku ya allah. :(
aku harap ada any method nak selesaikan masalah kewangan aku ni. Dah la sekarang ni tengah kemelosotan ekonomi siot! Nak buat part time job plak tade masa ,disebabkan aku buzy sangat dengan kelas. arrhh! sakitnya hati.

Fikir pasal duit dah leh buat aku jadi gila sekarang ni… adoi.

Macam mana aku nak cari duit ni???

s h a f i q  s c r e a m o.

*Award dari si chumel Khaty*

1. Copy badge “2008 Cute’s 3logger Award” di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag

10 fakta/hobi

  1. Tak suka ambil tahu tentang perkara yang tak patot diketahui.
  2. Main game , masak , chatting , surfing , Modding , Upgrading , dll.
  3. Cepat fedup
  4. Orang bagi msg pendek2 nak aku balas panjang2 aku tak layan.
  5. Aku hanya syg , Allah swt, Nabi , Keluarga , Sahabat dan Islam
  6. Suka disygnyi dan benci dibenci.
  7. Aku duk shah alam. Tempat yang banyak menduga kesabaran aku.
  8. Aku mempunyai sahabat yang gila.
  9. Aku pon dkt nak gila.
  10. Nenek aku kena chikukunya.


tagged

  1. Azri
  2. Afiq
  3. …..
  4. …..
  5. …..

Alhamdulillah syukur , akhirnya kita semua dapat lagi merasai tahun baru setelah 2008 pergi meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit manis yang kita harungi selama tahun 2008 ini.

Dengan labuhnya tahun 2008 , dan bermulanya 2o09 aku pasti  setiap insan pasti mempunyai azam yang korang semat dalam diri nak laksanakan tahun ni bukan?

Dan bagi mereka yang belum dapat laksanakan azam anda pada tahun 2008 , jgn la bersedih , bukalah buku baru dan binalah hidup baru . Azam yang kita tak dapat laksanakan tu kita bawa ke tahun ni. Insyaallah dengan izin Allah swt kita dengan mudahnya dapat melaksanakan smua yang kita hajati. Amin.

Bagi aku , tahun 2009 ni ,buat aku sudah  pastinya banyak cabaran yang bakal aku hadapi. Mungkin lagi susah dari tahun tahun sebelum ni. Yelah . Aku pun dah makin tua setiap tahun. Kalau dulu 2008 aku 18 tahun , ni 2009 aku dah 19 tahun. huhu! tua dah aku kan? tak sangke. rasa mcm semalam je aku lahir kat dunia ni.kih3..
Emm. 2008? apa yang menarik?

Tahun 2008 aku mengenali seorang insan bernama Sara. Dia agak friendly. Aku suka sangat kawan dengan dia. Tak pernah laa aku ada kawan yang memahami macam dia. Ada problem je citer je dengan dia. Tak kisah laa apa jua problem. Dia sudi mendengar. Thanks Sara sebab sudi berkawan dengan Fiq. Harap 2009 menjanjikan kita hubungan persahabatan yang lebih erat yee.. Amin.

Tahun 2008 , ialah tahun pertama aku masuk ke Kolej? Sebelum-sebelum ni aku tak pernah merasai pengalaman belajar di kolej , so pada tahun 2008 menjadi kenangan terindah memasuki alam universiti. Di mana , aku tak perlu lagi pergi belajar dengan memakai uniform sekolah yang sama setiap hari. Bosan ohh! huhu! sekarang ni setiap hari aku dah boleh semart2 mcm orang pergi kerja. .hehe!.

ohh! apa azam aku tahun ini?

insyaallah dengan izin allah , dis year aku berazam nak belajar dengan bersungguh-sungguh.Dapat result pon kena laah dengan usaha aku yang bersungguh2 tu. Pastu , dis year aku nak perbaiki life aku agak sarat ni kepada tak berapa nak sarat..

hmm! kesempatan ni aku nak minta maaf kat korang2 yee.

Kalau aku terkasar bahasa, tersinggung , termengata , tersentuh , dan semua laa. aku harap korang maafkan la ye.

Especially kat Siti Khatijah bte Jusoh, i’ve done so many mistake to you. Sorry coz being bad sebelum ni.

Wish u a good life afta dis k sis. Kalau relationship kita tak leh mcm ni , kita cari cara lain  k.

To Azizah , i’m so sad to hear about ur lovely uncle. Al-Fatihah buat arwah. Kita doakan kebahagian dia di akhirat ye.Insyaallah. Kita kat dunia ni kena teruskan hidup , dan sedekah doa-doa buat mereka yang telah pergi dahulu  sebelum kita. Amin.

s h a f i q  s c r e a m o .

Next Page »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.